Assalamualaikum CINTA, semoga Allah sentiase merahmati kehidupan kita :) apa yang berlaku pasti ada hikmah nya, waAllahulam...

Friday 20 April 2012

Ujian dariNya

kenape takde ubat yang sedap?? xoxoxox

Nak share, da 3 ari demam panas tak surut2...
Mule2 hanye bersin2 tak berenti, beralih ke seseme,batok n last demam panas
Sekarang seseme n batok yang amat dasyat sekali, lagi2 time tidur malam
Ya Allah, sesungguhnya ni semua ujian dari mu..
Suara dah bole ganti Ella atau Ramli Sarep dah ni
Badan panas dalam, macam ade unggun api dalam hidung ni
Anak tekak aku dah bengkak, perit gile... :(
Memang takde  la selere nak makan itu ini

minggu ni je da 3 kali dokter tu tgk muke ni...
Ubat da bape banyak telan pon x terkire dah
Demam kene injection kot, ahaaaaa :p
Yerr, sejak2 ni asyik saket..
pening la, ape la... tapi kene tahan, aku kene kuat
Aku tak nak nampak lemah kt mate orang, tabah kan hati ni.. jyeeahhh
Kene jage kesihatan  :')
Memang  degil tak suke makan ubat, tp kalau sampai satu tahap
Aku perlukan ubat tu ntok lawan saket ni, ubat tu aku telankan jugak

Ini sume ujian dari Nya, redha Fatin..
Dulu ade jugak orang suruh makan ubat la, marah2 la bile saket.. skrg cume mak je buat tu sume
Tapi takpe, Fatin kuat !
Doakan Fatin cepat sembuh yer readers,thanks :')


#Nak shared kat korang kenape Allah turunkan sakit kat kite, harap dapat renungan bersama
Hikmah Sakit

Pertama, sakit adalah ruang untuk manusia berehat. Ketika sakit, memang kita tidak dapat berbuat apa-apa. Terlantar sahaja. Namun hikmahnya, organ-organ yang membantu kita berkerja selama ini cuba untuk mendapatkan rehat yang cukup.
Umpama enjin yang terlalu lama hidup akan jadi panas. Ia perlu diberhentikan sekejap untuk sejuk dan kemudian dihidupkan kembali.
Biarkan badan dan emosi kita haknya, iaitu rehat yang cukup.

Kedua, sakit merupakan pendidikan. Ketika seseorang mengalami sakit parah, dia akan menyedari betapa mahalnya nilai kesihatan.
Biar apapun, dia sanggup melakukan apa sahaja asalkan dia bisa kembali pulih seperti biasa, menjalani kehidupan normalnya.

Ketiga, sakit merupakan teguran dari Allah s.w.t. Barangkali kita alpa dengan sesuatu dan asyik dengan sesuatu sehinggakan terabai dalam menjaga hubungan kita dengan Dia.
Ketika sihat, seolah-olah tidak beringat dengan kesakitan. Ketika kaya, seolah-olah lupa pada yang kurang upaya. Ketika terlalu seronok, tidak endah pada kesengsaraan orang lain. Ketika berkuasa, seolah-olah dialah yang paling gagah perkasa. Manusia mudah lupa!

Keempat, sakit memberikan kesempatan untuk bertaubat dan menghapus dosa. Ruang ini selalu menjadikan manusia berfikir kembali dan bermuhasabah dengan tindak-tanduknya sendiri. Jarang sekali kita dapat bermuhasabah tatkala hati dilonjak gembira.

Jadi, inilah masa yang ideal agar dapat kita toleh kembali kesilapan dan seterusnya bertaubatlah pada yang Khaliq. Mohonlah sesungguhnya agar segala dosa kita diampun Tuhan. Dan merayulah pada-Nya agar kita dimudahkan segala urusan yang membelitkan, diberi kesenangan dan kesihatan tubuh badan.

Dalam hadis ada diterangkan,

“Tidaklah seorang muslim tertimpa keletihan, sakit, kebingungan, kesedihan dan kekusutan hidup, atau bahkan tertusuk duri, kecuali Allah menghapus dosa-dosanya.
(HR. Muttafaq Alaih).

Kelima, sakit juga memberikan kesempatan untuk memperbaiki hubungan keluarga dan sosial. Ketika seseorang itu sakit, maka akan ada kerabat dekat akan semakin dekat, kerabat jauh akan menjadi dekat dan yang kenal akan semakin akrab.
Ketika si anak kurang sihat, ibu dan ayahnya yang menjaga dan memelihara kesihatan anaknya. Pun begitu, sekiranya ayah atau ibu kurang sihat, si anak akan kembali kepada orang tuanya dan memberikan keprihatinan yang optimum untuk membalas kembali jasa mereka.

Alangkah Besarnya dan Mulianya Allah s.w.t. yang menjadikan begitu banyak hikmah sakit daripada hanya satu sakit. Akan tetapi jarang sekali kita fikir-fikir dan renungkan.

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kita tidak tahu…

rindu kawan-kawan seperjuangan, bile la nak jumpe ni.. bosan cuti dok rumah je

WaAllahualam <3

2 comments:

  1. biase la tu. nak baik kne makan ubat y pahit. huhu

    ReplyDelete
  2. Thanx Ikeen.. Alhamdulillah, semakin membaek skrg..

    ReplyDelete

© Hak Cipta Terpelihara estandeverything.blogspot.com.© 2011-2012